I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 15 April 2011

Penyertaan Remaja Dalam Aktiviti Sukarela

Kerja sukarela ialah kerja yang dibuat secara rela hati. Terdapat banyak aktiviti sukarela di Negara ini. Namun, secara umumnya aktiviti ini jarang-jarang sekali mendapat perhatian dan penglibatan yang sepenuhnya daripada kalangan remaja di Negara kita. Buktinya, masih banyak remeja yang lebih seronok malepak di kompleks beli-belah dan dijalanan.
                Dalam hal ini, kita tidak dapat menafikan bahawa masih ada remaja kita yang ingin menabur bakti kapada masyarakat. Namun, kekurangan maklumat mengenai aktiviti sukarela yang dapat disertai telah manghambat niat murni mereka itu. Oleh itu, para remaja ini hanya bergiat aktif dalam aktiviti sukarela malalui persatuan-persatuan di sekolah saja seperti Pandu Puteri, Pengakap, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, para penggiat aktiviti sukarela seharusnya mencari jalan untuk menyampaikan maklumat mangenai persatuan mereka kepada golongan remaja. Dalam masa yang sama, mereka juga seharusnya pandai memberikan galakan dan dorongan kepa golongan remaja untuk menyertai aktiviti mereka itu.
                Bagi golongan remaja, faktor masa mungkin menyukarkan mereka untuk menyertai aktiviti sukarela. Hal ini demikian karana mereka perlu membahagikan masa antara kerja sukarela dangan belajar. Namun, jika mereka pandai menggunakan masa dengan penuh disiplin, pasti ada masa yang terluang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukarela, antara aktiviti sukarela yang dapat dilakukan termasuklah melawat ke rumah anak-anak yatim, membersihkan rumah0rumah kebajikan, dan sebagainya.
                Dalam pada itu, kebanyakan ibu bapagagal memupuk semangat sukarela ini dalam diri anak-anak mereka. Anak-anak remaja inipula tidak mempunyai teladan yang baik untuk diikuti dalam hal-hal sukarela ini. Natijahnya, kesanggupan remaja mengorbankan masa dan tenaga untuk kerja-kerja kebajikan masih kurang. Suasana kehidupan kini yang lebih memandang kebendaan menyebabkan segelintir remaja menganggap bahawa setiap kerja yang dilaksanakan perlu diberi upah atau balasan yang setimpal. Sedangkan, kerja-kerja sukarela tidak menawarkan semua itu.
                Sesungguhnya, para remaja perlu diberi galakan untuk terlibat dalam kerja-kerja sukarela. Melalui penglibatan ini, secara tidak langsung remaja tersebut akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment