I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 15 April 2011

Kepentingan Memiliki Nilai Murni

                Dewasa ini nilai murni amat penting terutama dalam aspek pembangunan Negara. Nilai murni merupakan sikap positif dan seharusnya dimiliki oleh setiap individu. Antara contoh nilai murni termasuklah berdisiplin, rajin, ikhlas, dan sebagainya. Sesungguhnya nilai-nilai murni perlu ditanam ke dalam jiwa semua orang. Jika nilai murni tidak berharga, tidaklah pihak kerajaan melancarkan kempen ‘’Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni’’ sejak 2005.
                Individu yang mempunyai nilai-nilai murni dalam dirinya akan sentiasa berfikir positif. Hal ini menjadikannya seorang yang berfikiran terbuka dan dapat bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat serta dapat ‘’hidup’’ dalam apa-apa saja persekitaran. Ringkasnya, individu tersebut ‘’ke tengah boleh, ke tepi pun boleh’’. Individu yang berfikiran positif ini akan melihat segala masalah sebagai suatu cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Hal ini membolehkannya hidup dengan ceria.
                Dalam dunia pekerjaan pula, seseorang yang mempunyai disiplin kerja yang tinggi pasti dapat menyelesaikan kerja mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Jika disiplin tidak ditanamkan dalam diri kakitangan ini, timbullah sikap bekerja ala kadar saja oleh kakitangan terbabit. Mereka kurang berusaha untuk meningkatkan kecekapan bekerja kerana beranggapan bahawa gaji akan tetap diperoleh pada setiap bulan. Sebaliknya, seseorang pekerja yang memiliki nilai rajin dan berdisiplin akan senantiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan bekerja.
                Niai murni seharusnya dihayati dan dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat Negara ini. Dengan nilai murni yang tertanam dalam diri, setiap individu dalam masyarakat akan menjadi warganegara yang berguna.mereka akan memiliki rasa cinta akan Negara dan ssanggup berkorban demi kedaulatan Negara. Sekiranya rasa cinta akan Negara menyubur dalam jiwa rakyat, maka masalah sosial dan jenayah kian berkurang. Sekiranya masalah-masalah tersebut dapat dikurangkan, maka Malaysia akan bertambah maju dan makmur sekali gus rakyat akan dapat hidup dangan lebih sejahtera.
                Kesinpulannya, nilai-nilai murni perlulah dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Penghayatan nilai-nilai murni akan menjadikan seseorang itu warganegara yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment