I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 8 May 2011

Kebaikan menyertai aktviti kokurikulum

Badan yang sihat akan mempamerkan otak yang cerdas. Begitulah
ungkapan yang menekankan kepentingan badan yang sempurna untuk
melaksanakan kegiatan seharian. Dewasa ini, menyertai aktiviti badan
beruniform merupakan cara yang efektif dalam menghasilkan insan
sebegitu yang bukan sahaja produktif, malahan juga proaktif. Antara
aktiviti-aktiviti badan beruniform yang dilaksanakan saban hari
termasuklah aktiviti perkhemahan, merentasi hutan dan kembara duga.
Aktiviti-aktiviti sebegini dilaksanakan dengan giat di dalam Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa dalam dunia yang serba moden ini, aktiviti unit
beruniform memainkan peranan yang amat penting dalam membina
keperibadiaan individu.

Antara kebaikan menyertai aktiviti termasuklah aktiviti ini akan
meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Marcapada ini, para pelajar
akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan lasak
diri mereka. Antara aktiviti yang kerap dilaksanakan untuk membina
peribadi individu termasuklah kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan
latihan membina jati diri. Aktiviti sebegini kerap diaplikasikan supaya para
pelajar arif tentang kepentingan menjaga keadaan tubuh badan dan juga
minda. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka
melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan”
yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu
pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap
kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula
menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya
serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti
memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga berupaya memupuk dan
menggembur semangat kerjasama dan pembentukan disiplin dalam diri
seseorang pelajar. Para pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan
lebih sedar akan tanggungjawab yang harus dijunjung oleh mereka untuk
menjadikan diri mereka lebih sempurna. Aktiviti seperti membina khemah
dan merentasi hutan bukan sahaja akan membina hubungan yang lebih
erat antara para pelajar, malahan akan menanam sifat kepimpinan dalam
diri para pelajar. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan
mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan
kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan.
Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa
mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan
mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka.

Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat dan menjadi lebih berdisiplin. Selain hanya memupuk keperibadian yang seimbang, aktiviti badan
beruniform turut menggalakkan pelajar mendalami pengetahuan asas
bantuan kecemasan. Persatuan ataupun unit beruniform seprti St. John
dan Persatuan Bulan Sabit Merah acapkali melaksanakan aktiviti untuk
membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan
bantuan dan aktiviti sebegini mampu membantu para pelajar dalam
kehidupan saban hari. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform turut akan
mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa
ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara
menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini akan memberi satu
pengetahuan yang berguna kepada pelajar. Ilmu ini turut memberi
pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan
apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua
pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus
menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam
peperiksaan dan sebaliknya memikirkan kebaikan yang akan ditawarkan
oleh aktiviti kokurikulum sebegini. Sikap tidak acuh pelajar ini harus
dikikis kerana aktiviti badan beruniform mempunyai banyak kebaikan
yang tersirat.

1 comment: