I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 28 September 2011

Kepentingan Kitar Semula

Apakah makna mengitar semula? Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti keras, plastik, kertas kadbod, kaca dan pakaian.

Ibu bapa harus mengasuh anak-anak supaya menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Justeru usaha meningkatkan kesedaran dan keprihatian terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Pendidikan tentang kepentingan kitar semula sewajarnya diajar kepada kanak-kanak berusia antara empat dan lima tahun. Ini kerana pada tahap umur tersebut mereka mudah dididik dan patuh pada arahan. Oleh itu, cikgu harap mereka dapat mengamalkan tabiat tersebut sehingga dewasa.

Masyarakat Malaysia harus mengamalkan kitar semula. Masyarakat perlu tahu mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula. Masyarakat perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

No comments:

Post a Comment