Friday, 23 September 2011
Fitobiofizik
Apakah Fitobiofizik?
Ia adalah satu kemajuan besar dalam kaedah rawatan kesihatan kesihatan menggunakan formulasi bunga-bungaan. Rawatan sokongan atau komplimentari berkonsepkan sains fizik ini adalah sains terbaru yang memperlengkapkan kita dengan kebolehan melihat hidup kita dalam sebuah dimensi yang baru dan bagaimana kita menjaga diri kita. Formulasi bunga-bungaan ini berupaya merawat hingga ke tahap emosi dalam dengan cara menolong menstabilkan emosi dan menyokong badan dalam menangani pelbagai masalah dalam hidup kita.
Bagaimana Fitobiofizik wujud?
Formulasi bunga-bungaan fitobiofizik adalah perubatan getaran menggunakan tenaga warna tumbuh-tumbuhan atau bunga-bungaan. Falsafahnya ialah seseorang serta seluruh fizikalnya dilihat sebagai satu sistem tenaga.
Setiap sel dalam badan mempunyai getaran atau resonan (gema) mereka tersendiri. Getaran ini adalah tetap apabila ia berada di dalam keadaan seimbang. Setiap sel dalam badan kita dan setiap bahan atas planet mempunyai ciri-ciri corak tenaga berfrekuensi tersendiri yang boleh dikaitkan kepada sesuatu frekuensi warna.
Warna yang bergetar atau bergema atas frekuensi tertentu diukur dalam nanometer (nm). Oleh kerana setiap speci bunga mempunyai warna dan resonannya tersendiri, kita boleh menjodohkan sesuatu resonan bunga tertentu kepada sesuatu sel sihat tertentu.
Formulasi bunga-bungaan fitobiofizik dibuat dengan cara mengabungkan bunga-bunga ini untuk menghasilkan formulasi dimana setiap satu formulasi bergema dengan sesuatu frekuensi tertentu.
Formulasi bunga-bungaan yang betul mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kesimbangan serta-merta dan mempunyai keupayaan mengawal atur sistem selular, jika terdapat ketidak-seimbangan tenaga dalam badan. Kaedahnya ialah formulasiterpilih akan bergema menyelaraskan atau mengharmonikan ketidak-seimbangan sistem selular tertentu.
Fitobiofizik adalah satu falsafah baru yang amat istimewa dan unggul. Berikut adalah 5 sebab kenapa formulasi bunga-bungaan fitobiofizik dianggap terbaru dan terunggul.
1.Ia mempunyai keupayaan untuk merawat kejutan rohaniah, trauma dan tragedi. Kita sedia maklum bahawa hidup kita diselubungi dengan berbagai cabaran dimana trauma dan tragedi menawan kita dan akhirnya muncul secara fizikal.
2.Formulasi bunga-bungaan menolong badan kita menghapuskan bahan kimia, toxin, bahan-bahan merbahaya yang boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius. Formulasi bunga-bungaan fitobiofizik mempunyai ciri-ciri keupayaan penawar atau bahan pembatal racun. Ciri-ciri ini amat penting kerana dalam masyarakat dan gaya hidup sekarang, sering kali kita berhadapan dengan toxin-toxin merbahaya yang kita tidak dapat hapuskan. Ini mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap kesihatan kita. Rawatan ini sungguh bernilai kerana ia selamat, berkesan, lembut dan berupaya menolong badan kita dalam proses pembuangan racun-racun merbahaya dari badan kita.
3.Formulasi bunga-bungaan Fitobiofizik membantu badan kita dalam penyerapan zat-zat penting makanan seperti protin, asid amino, vitamin, garam-garam galian dan enzim. Sebenarnya zat-zat ini boleh diekstrak dari pemakanan harian kita tetapi kerap kali gagal dilaksanakan oleh kerana sistem penghadaman yang tidak berfungsi dengan sempurna. Sering kali badan kita tidak berupaya menyerap zat-zat makanan dengan sempurna walaupun makanan tambahan seperti vitamin dan makanan tambahan yang lain telah diberi. Sekali lagi, ini desebabkan oleh sistem penghadaman yang gagal berfungsi dengan sempurna. Meridian fitobiofizik mempengaruhi keupayaan kita untuk menyerap zat-zat makanan penting yang amat diperlukan dalam penyeleggaraan kesihatan kita. Ia membantu kita sembuh dari tragedi-tragedi yang menyelubungi hidup kita.
4.Aspek getaran formulasi bunga-bungaan amat menakjubkan. Ia mempunyai keupayaan mengimbangkan kuasa elektrik dalam badan melalui neutrotransmis. Kajian terdahulu mengenai getaran badan yang dikaitkan dengan perubatan tradisional Cina dan akupuktur mengesahkan bahawa elektrik bergerak melalui badan kita secara litaran. Litaran ini digelar sistem meridian. Formulasi-formulasi ini berupaya membebaskan sekatan aliran tenaga yang terdapat dalam meridian ini. Litaran ini mengalir melalui organ-organ dan sistem-sistem tertentu, jadi apabila meridian ini tersekat, organ yang terdapat didalam meridian ini tidak akan berfungsi dengan baik. Jadi amatlah penting jika aliran bebas tenaga dikekalkan supaya kita sihat secara emosi and fizikal.
5.Getaran kuat eletrik formulasi bunga-bungaan ini amat menakjubkan kerana ia boleh mencetuskan keupayaan dalaman tersendiri badan untuk sembuh secara dalam. Sebaik sahaja anda mengambil formulasi ini, anda akan perasaan bahawa sesuatu perubahan yang amat nyata dalam cara anda rasa, cara badan anda bertindak, cara badan anda berfungsi dan dengan cepatnya anda akan sembuh dari trauma buruk maupun yang amat serius.
Pemilihan formulasi bunga-bungaan ini amat senang kerana sesuatu warna akan dijodohkan kepada bahagian badan tertentu. Kami telah menyediakan sebuah risalah penuh dengan semua keterangan yang diperlukan untuk memahami dan mengguna formulasi bunga-bungaan ini. Kod warna setiap bahagian badan kita akan dijodohkan kepada kod warna formulasi bunga-bungaan tertentu. Setiap formulasi bunga-bungaan dijodohkan kepada warna bunga-bungaan yang digunakana.
Sebagai contoh: Formulasi kuning diperbuat daripada bunga-bungaan kuning dan ia digunakan untuk mengharmonikan bahagian kuning peta badan iaitu pusat "celiac" , iaitu bahagian perut.
Bagaimana formulasi bunga-bungaan ini dibuat?
Pati bunga-bungaan dan pati tumbuh-tumbuhan yang telah dikumpulkan dari seluruh dunia digunakan untuk menghasilkan formulasi bunga-bungaan fitobiofizik.
Kaedah pembuatan adalah secara gabungan pati bunga-bungaan dan pati tumbuh-tumbuhan untuk membuat pati kuasa getaran tumbuh-tumbuhan. Pati kuasa getaran tumbuh-tumbuhan ini kemudiannya akan dipindahkan ke dalam air selepas pendedahan kepada cahaya matahari dan cahaya bulan. Air yang diperolehi membawa cap corak bertenaga atau getaran dan inilah yang digelar "essence" atau pati.
"Pillules" atau pil sukros akan disalut dengan formulasi yang diperolehi yang juga digelar tinktur pati. Setiap tinktur telah diformulasikan selepas bertahun-tahun kajian telah dijalankan. Apabila tinktur ini diperkenalkan kepada sistem kita, ia akan bertindak serta merta seperti kuasa peyerangam. Ia akhirnya membentulkan resonan sesuatu sistem yang tidak normal.
Adakah fitobiofizik berbeza dari rawatan homeopati?
Ya. Rawatan formulasi bunga-bungaan bukan rawatan homeopati.
Rawatan ini berbeza dari rawatan homeopati. Sebenarnya, formulasi bunga-bungaan ini tidak mengandungi apa-apa bahan pun, cuma patinya sahaja. Formulasi bunga-bungaan ini tidak di "potentise" atau dicairkan. Namun begitu, tindakan setiap formulasi bunga-bungaan ini telah dikuatkan untuk menghasilkan suatu kuasa. Kuasa inilah yang diperlukan untuk mengimbangkan sesuatu meridian yang tidak normal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment