I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 8 October 2011

Cerita Hantu

Ini ada satu cerita hantu yang saya alami, ketika itu saya gan adik ipar saya nak pergi memancing di sebuah hutang di area selangor.

Kami memancing di sana sebab ada orng kata banyak ikan ketutu.Ikan ketutu mahal kalau dapat seekor pun dah di kira lumayan. 1kg rm70.00.

Kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.12 petang dengan menaiki motor honda ex5. Kami sedikit pun tidak rasa takut, cuma di dalam kepala hanya memikirkan untuk mendapatkan duit dengan kerja yang kami lakukan.

Di kawasan hutan itu terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir rupanya disitulah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.
Kami tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 7.15 petang. Berbekal 2 batng Joran dan umpan anak ikan.

Kami memancing tidak berjauhan maklumlah Hutan Tebal dan gelap gelita.

Malam itu kami dapat seekor ikan ketutu yang berat agak2 sekilogram. wah untung kita hari ni, menyebabkan kami mula gila nak mancing lagi. Ikan ketutu aktif bila waktu malam di siang hari ia akan jadi bodoh macam tunggul kayu.

Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang pada malam itu, hairan ribut tak ada, guruh pun tak ada tiba2 hujan. kami tidak berputus asa masih lagi meneruskan aktiviti memancing ketutu pada malam tersebut.

Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul 1 kelibat manusia. Muka kami tidak nampak cuma nampak rambutnya panjang memcecah ke bumi di pacar
cahaya bulan hujan renyai2 pada malam itu, kain kafan menyaluti tubuhnya.

Dia bergerak pelahan-lahan menuju kearah kami dengan bunyi wanita sedang menangis.

Kami mula ketakutan lalu berlari mendapatkan motor yang tidak jauh dari tempat kami memancing.

Bunyi helaian jangan cakap, sangat kuat kedengaran.

kami memecut laju meninggalkannya..setelah jauh kami bergerak bunyi tangisan tersebut sudah pun reda. syukur tidak terjadi apa2 pada malam tersebut .hanya seekor ikan sahaja yang kami dapat.

No comments:

Post a Comment