I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 27 September 2011

Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu

Bunyi-bunyi Asing

Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan sanskrit.

Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/
seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.

Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi
seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa
Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi
pula.

Bunyi Contoh Perkataan
/sy/ syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak
/kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh
/gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib
/f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf
/dh/ darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)
/z/ zalim, zaman, wazir
/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')
/q/ qari, qadim, furqan

aripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu
telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual):
Bunyi Contoh Perkataan
/f/ fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf
/v/ vaksin, vakum, novel, televisyen
/sy/ syampu, syif, televisyen, kusyen
/z/ zip, zon, dozen, gazet

No comments:

Post a Comment