Cuka
Antara khasiat cuka ialah :
1. ubat penyakit kuning
2. membersihkan perut
3. mencegah penyakit bengkak-bengkak
Beras
Setiap hasil bumi itu mempunyai penyakit dan ubat kecuali beras, sesungguhnya beras itu tidak mendatangkan penyakit
Susu Binatang
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit
dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
Halia
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari halia,
Antara khasiat halia ialah
1. Melembutkan perut
2. membantu penghadaman makanan
3. menambah air mani dan menguatkan jimak
4. mengeluarkan angin dalam usus
5. jika dicampurkan dgn sedikit gula dan air suam dapat menghilangkan kahak dan lendir dalam halkum
6. menghilangkan bau busuk mulut.
Garam
Al-Baghwi dalam tafsirnya ada menyebut bahawa drp Abdullah bin Umar RA dengan sanad marfuk: Bahawa Allah telah menurunkan 4 perkara yang berkat dari langit ke dunia
iaitu besi, api, air dan garam.
Delima
Antara khasiat delima yang manis ialah :
1. Menguatkan usus
2. membersihkan tekak
3. ubat batuk
Antara khasiat delima yang masam ialah :
1. menyucikan perut
2. mencegah muntah
3. melawas air kencing
4. menghentikan cirit birit
Sabda RS ; Makanlah delima dengan lemaknya, sebagai penyamak (pembersih) perut.
Tamar
Diriwayatkan daripada Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah)
pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang *
Telur
Maksud Hadis : Imam Baihaqi meriwayatkan sebah hadis marfuk : bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah
mengarahnya supaya makan telur.
Antara khasiat kuning telur ialah ;
1. menghilangkan rasa sakit
2. ubat batuk
Tin
Abu Darda’ menceritakan bahawa RS dihadiahkan satu tabak buah tin. Beliau bersabda; makanlah !, maka akupun makan.
Antara khasiat buah tin ialah ;
1. ubat penyakit buasir
2. ubat bengkak-bengkak badan
3. menghilangkan batuk yang berpanjangan
4. melawaskan air kencing
Zaitun
Antara khasiat buah zaitun ialah :
1. perut
2. mengeluarkan cacing
3. menghaluskan kulit
4. penawar racun
5. melambatkan uban
Sabda Rasulullah SAW :
Makanlah buah zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana buah itu adalah bauh berkat.
No comments:
Post a Comment