I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 15 April 2011

Kepentingan Memiliki Nilai Murni

                Dewasa ini nilai murni amat penting terutama dalam aspek pembangunan Negara. Nilai murni merupakan sikap positif dan seharusnya dimiliki oleh setiap individu. Antara contoh nilai murni termasuklah berdisiplin, rajin, ikhlas, dan sebagainya. Sesungguhnya nilai-nilai murni perlu ditanam ke dalam jiwa semua orang. Jika nilai murni tidak berharga, tidaklah pihak kerajaan melancarkan kempen ‘’Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni’’ sejak 2005.
                Individu yang mempunyai nilai-nilai murni dalam dirinya akan sentiasa berfikir positif. Hal ini menjadikannya seorang yang berfikiran terbuka dan dapat bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat serta dapat ‘’hidup’’ dalam apa-apa saja persekitaran. Ringkasnya, individu tersebut ‘’ke tengah boleh, ke tepi pun boleh’’. Individu yang berfikiran positif ini akan melihat segala masalah sebagai suatu cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Hal ini membolehkannya hidup dengan ceria.
                Dalam dunia pekerjaan pula, seseorang yang mempunyai disiplin kerja yang tinggi pasti dapat menyelesaikan kerja mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Jika disiplin tidak ditanamkan dalam diri kakitangan ini, timbullah sikap bekerja ala kadar saja oleh kakitangan terbabit. Mereka kurang berusaha untuk meningkatkan kecekapan bekerja kerana beranggapan bahawa gaji akan tetap diperoleh pada setiap bulan. Sebaliknya, seseorang pekerja yang memiliki nilai rajin dan berdisiplin akan senantiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan bekerja.
                Niai murni seharusnya dihayati dan dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat Negara ini. Dengan nilai murni yang tertanam dalam diri, setiap individu dalam masyarakat akan menjadi warganegara yang berguna.mereka akan memiliki rasa cinta akan Negara dan ssanggup berkorban demi kedaulatan Negara. Sekiranya rasa cinta akan Negara menyubur dalam jiwa rakyat, maka masalah sosial dan jenayah kian berkurang. Sekiranya masalah-masalah tersebut dapat dikurangkan, maka Malaysia akan bertambah maju dan makmur sekali gus rakyat akan dapat hidup dangan lebih sejahtera.
                Kesinpulannya, nilai-nilai murni perlulah dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Penghayatan nilai-nilai murni akan menjadikan seseorang itu warganegara yang berkualiti.

RENCANA

Sukan bola sepak merupakan satu daripada acara sukan yang sangat popular di pringkat antarabangsa.Ternyata sukan ini mempunyi ramai peminat,misalnya Kelab Bola Sepak Manchester United mempunyai berpuluh puluh ribu penyokong yang setia dan nama ini di kenali di seluruh dunia.Tidak ketinggalan,negara kita turut mempunyi peminat bola sepak yang ramai.malang sekali,pencapaian pasukan bola sepak kebangsaan di peringkatantarabangsa amat memgecewakan.
    Berhubung dengan prestasi skuad bola sepak Malaysia,kita tidak boleh mendabik dada dewasa ini.Dalam kedudukaan peringkat antarabangsa,skuad bla sepak negara berada di tempat yang agak terbelakang.Masalah ini wujud ekoran daripada beberapa masalah dalaman yang wujud sama ada dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia(PBSM) ataupun wakil-wakil bola sepak negara sendiri.
      Akibatnya,setiap kali bertanding,semangat juang skuad kebangsaan amat rendah.Semangat juang yang lemah ini menyebabkan mereka tidak dapat menyaingi pihak lawan dengan baik.Pasukan kebangsaan kita pernah kalah di tangan pasukan bola sepak negara kecil seperti Laos dalam sukan SEA yang ke-20 di Indonesia.Pencapaian yang lemah seperti ini sudah tentu menjejaskan imej suan bola sepak negara.
      Selain itu,terdapat sesetengah pemain bola sepak negara yang bersikap kebendaan dan pentingkan diri.Ada antara pemain yang sanggup di peralatkan oleh mereka yang menjadikan pertandingan Piala Malaysia sebagai  medan perjudian.Dengan itu mereka bermain atas kepentingan diri sendiritanpa memikirkan kepentingan pasukanya.Ekoran itu,mutu sukan Negara akan terjejas.
        Akhir kata,kemerosotan mutu bola sepak negara sudah sampai di tahap kritikal.Oleh hal yang demikian,pihak PBSM,penjana swasta dan pemain harus berganding bahu untuk menyelesaikan kelemahan yang ada pada pasukan bola sepak negara agar kita tidak kehilangan taring apabila beraksi di pringkat antarabangsa kelak.

Faedah Berjimat Cermat

Kebanyakan daripada kita telah disarankan agar berjimat cermat sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat sama ada dalam perbelanjaan seharian, ketika menggunakan air dan elektrik, dan sebagainya. Berjimat membawa maksud berhemat atau berhati-hati ketika menggunakan sesuatu. Sebenarnya, konsep jimat  tidak hanya berkaitan dengan wang. Jimat merangkumi aspek masa dan tenaga. Misalnya, untuk menjimatkan masa dan tenaga, kita memilih untuk berbasikal ke sekolah. Contoh lain ialah kita menelefon kawan lebih dahulu untuk memastikan dia ada di rumah apabila kita berkunjung ke rumahnya.
                Tujuan berjimat adalah supaya kita tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia. Misalnya,kita perlu berjimat menggunakan wang. Caranya, adalah dengan membeli barangan yang perlu saja. Hal ini untuk mengelakkan kita membazirkan wang begitu saja. Berjimat ketika berbelanja membolehkan kita menyimpan wang. Wang tersebut dapat digunakan pada saat-saat kecemasan. Malah, sesebuah keluarga dapat merancang masa depan anak-anak mereka dalam pelajaran dengan mengamalkan tabiat berjimat cermat dari awal. Selain itu, sikap berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada tabiat suka berhutang.
                Amalan berjimat juga dapat menjadikan kita lebih berdisiplin dalam melakukan sesuatu. Orang yang berjimat dalam menggunakan masa, tidak akan membiarkan diri mereka lalai tanpa membuat sesuatu yang berfaedah. Peribahasa ‘’masa itu emas’’ akan menjadi pendorong kepada golongan ini agar menggunakan masa dengan sebaik-baik mungkin. Bagi pelajar, mereka perlu mengisi masa terluang dengan mengulang kaji pelajaran.
                Kesimpulannya, amalan berjimat cermat bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah membuat perancangan sebelum memulakan sesuatu. Dalam hal ini, kita perlu menanamkan dalam minda bahawa amalan berjimat cermat pasti akan membawa kebaikan kepada diri sendiri. 

An educational tour to a hospital

Recently, our school organized and educational tour to the Gagah Hospital. A medical officer greeted us on our arrival at the hospital. We were ushered into a conference room near the Administration’s Department. After giving a brief history of the hospital, he took us on a tour of the building.
                We went back to the entrance of the hospital as the starting point. There, we noticed a reception counter next to casher counter. On the right oh the entrance was the A & E (Accident & Emergency) ward. As we turned left, we saw a pharmacy serving the outpatient and next to the pharmacy is a florist shop. There is also a shop selling magazine, knick-knacks and other items for the visitors and patient of the hospital. A canteen is located next to the shop. As we turned right, we saw a Finance and Administration Department (F&A) on the left. That’s where we went in for briefing. The Radiology and X-ray Department was situated next to the F&A. The clinics for ENT (Eye, Nose & Throat), Maternity, Orthopaedic and Children were located directly opposite them.
                As we turned right again, there were lifts leading us to the rest of the department. The Operating Theatre and Intensive Care Unit (ICU) were located on the first floor. The ENT patients were housed on the second floor. The third floor consisted of the Maternity Ward. The fourth floor was for orthopaedic patients and children. All the wards were separated for male and female patients.
                We found the tour of the hospital very interesting. It helped us to have a better understanding of the set of a hospital. 

A ride by LRT to the Saga Mall

I reached the LRT station after a ten-minute walk from home. I bought a ticket from the ticket machine. Then I waited for the train to arrive.
                During the first part of the journey, I could see mostly residential houses, namely, Taman Intan, Taman Mewah and Taman Damai. After the residential areas, the train stop at the station near at the commercial center. The passenger who got down probably worked at the two new multi-storey buildings. They are Banggunan Besta and Good Tower.
                For the next part of the journey, the train travelled parallel to the highway. I could see heavy traffic on certain part of the roads, especially where there are junctions and traffic lights. It was not long before the train before the train stopped at the next station. At this stop, a lot of students boarded the train as the station is near a private college named Supreme College.
                After this station, the train continued on its journey, passing by a market and some residential houses before it stopped at the station in Sega Mall where I got down.
                The whole journey took only fifteen minutes. It was truly a fast and easy way to travel. 

Jiran

.Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui.

.............Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.

.............Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa.

.............Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.

.............Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.

Sektor pelancongan

Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.
............Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam.
............ Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah.
............Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita.
............Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.
............Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.
............Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.